BUKIT MERTAJAM: Kerajaan negeri Pulau Pinang menyasarkan untuk menanam sebanyak 200,000 pokok baharu di seluruh negeri menjelang 2023 sempena sambutan Hari Bumi hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, dari 2018 hingga kini, dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu telah menanam sebanyak 70,234 pokok baharu di seluruh negeri, sebagai tambahan kepada 310,290 pokok yang telah ditanam sejak 2008.
"Tema sambutan Hari Bumi pada 2021 adalah 'Pulihkan Bumi Kita'. Walaupun dunia dilanda penularan wabak COVID-19 yang telah mengubah landskap dan corak kehidupan rakyat dunia amnya dan Pulau Pinang khasnya, masyarakat tidak seharusnya lupa tentang kepentingan untuk memelihara, memulihara dan mengekalkan alam semula jadi," katanya ketika melancarkan Program Penanaman Anak Pokok sempena Sambutan Hari Bumi 2021 di Upcycle Park hari ini.
Jagdeep berkata, untuk jangka masa panjang, Pulau Pinang telah meletakkan sasaran untuk 500,000 anak pokok baharu yang akan ditanam menjelang 2030.
Dalam pada itu, beliau berkata, kadar kitar semula di negeri ini telah mencapai 45 peratus hasil daripada penguatkuasaan yang dijalankan PBT dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar di samping menjalankan inisiatif hijau lain seperti menaik taraf dan menukar lampu jalan konvensional ke lampu jenis LED, projek Penang Smart Parking (PSP) dan inisiatif LinkBike.
"Lampu jenis LED ini berupaya untuk mengurangkan kos elektrik sehingga sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kos semasa. Berdasarkan rekod terkini, sebanyak 17,542 lampu jalan di kawasan MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan 2,075 lampu jalan di kawasan MBSP (Majlis Bandaraya Seberang Perai) telah dinaik taraf ke lampu jalan jenis LED, membawa kepada keseluruhan 19,617 lampu LED dipasang setakat ini," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, sebagai sambutan Hari Bumi hari ini, pihaknya telah menanam 50 anak pokok 'Tecoma Tabebuia' di kawasan Tecoma Park, Upcycle Park supaya dapat mengindahkan kawasan dengan bunga Tecoma apabila menjelang musimnya selain daripada menghijaukan kawasan.
Beliau berkata, MBSP dalam usaha untuk mewujudkan kelompok taman hutan dengan menggunakan sebahagian daripada kawasan lapang untuk dijadikan 'bank pokok'.
"Taman hutan ini akan membekalkan baka anak pokok yang akan ditanam di seluruh kawasan Seberang Perai, sekali gus merupakan antara usaha penjimatan daripada terus membeli anak-anak pokok," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021
Untuk jangka masa panjang, Pulau Pinang telah meletakkan sasaran 500,000 anak pokok baharu yang akan ditanam menjelang 2030. - Gambar hiasan
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.